Followers

Saturday, May 22, 2010

Apakah engkau masih hidup sebulan lagi?

Suatu ketika, putera Aminul Mukminin Sayyidina Umar al-Khattab pulang dari madrasahnya dalam keadaan menangis. Umar bertanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai anakku?”

Jawab anak Umar itu, “Kawan-kawan di tempat pengajian menghitung tampalan pada bajuku. Mereka berkata: lihatlah anak Amirul Mukminin ini, berapa tampalan yang ada pada bajunya?”

Umar sendiri pada pakaiannya terdapat 14 tampalan dan sebahagiannya ditampal dengan kulit haiwan. Lantas Umar menulis surat kepada Bendahari Negara dan di dalam surat itu beliau merayu, “Berilah hutang empat dirham kepadaku dari Baitulmal. Apabila datang awal bulan nanti, potonglah gajiku.”

Bendahari membalas surat Umar itu dengan mengatakan, “Wahai Umar, apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonanmu itu? Apakah yang akan engkau perbuat dengan wang Baitulmal jika engkau mati sedang wang itu masih dalam tanganmu?”

Setelah membaca surat balasan dari Bendahari Negara, Umar pun menangis dan berkata kepada puteranya, “Wahai anakku, pergilah ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawaku walaupun sesaat”.

~ "kullu nafsin zaaiqatul maut!"



photo tersebut: tiada kena mengena dengan Sayidina Umar mahupun anak beliau.

No comments: